web analytics

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

30 January 2012

KDN Sana Sini

Oleh: Mazlan Alias

Melaka, 26 Januari: Golongan remaja adalah golongan yang berisiko untuk terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Justeru, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka telah mengambil inisiatif mendekati golongan berkenaan baru-baru ini bertempat di Hutan Rekreasi Air Keroh, Melaka.

Melibatkan penyertaan seramai 228 orang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), program sehari tersebut dirangka khusus bagi golongan remaja dalam memberikan kesedaran kepada mereka tentang bahaya dadah terhadap kesihatan selain meningkatkan kefahaman para peserta untuk bersama-sama memerangi ancaman dadah. Di samping itu juga program ini dijadikan platform untuk meningkatkan kemahiran interpersonal dalam pencegahan dadah serta mendidik para peserta bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

, ,