web analytics

Menjalinkan Kemesraan Di AADK Kuala Terengganu Pada 5 Januari 2012

5 January 2012

KDN Sana Sini

Kuala Terengganu, 5 Januari: Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam turun-temurun membuat satu menu khas pada 10 Muharram juga dikenali sebagai hari Asyura. Baru-baru ini, AADK Daerah Kuala Terengganu turut menganjurkan program gotong-royong bagi menyediakan bubur asyura. Program gotong-royong yang diadakan di Cure & Care Service Centre Kuala Terengganu ini mendapat penyertaan 30 orang peserta yang terdiri daripada bekas klien dan klien Cure & Care Service Centre Kuala Terengganu serta ahli SKUAD 1Malaysia. Antara lain, program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan ukhwah antara warga kerja AADK Daerah Kuala Terengganu dengan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia. Ia juga digunakan sebagai medium untuk bekas-bekas klien bertemu serta beramah mesra dengan klien-klien Cure & Care Service Centre Kuala Terengganu. Selesai menyiapkan menu berkenaan, bubur asyura tersebut diedarkan kepada peserta-peserta yang menjayakan program ini.

Oleh: Bazilah Mat Ghani

, ,