web analytics

Pendedahan Lebih Mendalam

20 January 2012

KDN Sana Sini

Melaka, 19 Januari: Bagi memastikan ahli SKUAD 1Malaysia mendapat pendedahan yang lebih mendalam, AADK Melaka Tengah telah mengambil satu pendekatan baharu dengan membawa ahli-ahli SKUAD 1Malaysia ke Rumah Pengasih, Jalan Kubu, Melaka. Program yang telah diadakan baru-baru ini telah disertai 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli SKUAD 1Malaysia serta warga kerja AADK Melaka Tengah. Dalam program tersebut, para peserta khususnya ahli SKUAD 1Malaysia telah menimba satu ilmu yang amat berharga melalui slot luahan perasaan “Mengapa Aku Di Sini”. Dalam slot tersebut, En. Mizan, salah seorang penghuni Rumah Pengasih telah sudi menceritakan pengalaman gelapnya sepanjang bergelumang dengan kancah penagihan serta kesakitan yang dialaminya dalam usaha membuang gian dadah.

Program yang bermula tepat jam 8.30 malam itu telah berakhir dalam masa lebih tiga jam. Namun para peserta merasakan masa berlalu begitu pantas dek teruja dengan kisah hidup En. Mizan. Para peserta berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melengkapkan diri mereka sebagai ahli SKUAD 1Malaysia.

 Oleh: Mazlan Alias

, ,