Kuantan, 11 Januari : Satu program gotong –royong bagi membersihkan Caring Community House (CCH) Kuantan, Felda Sg. Panching Selatan bersama Residen CCSC Kuantan dan penduduk setempat telah diadakan pada 8 Januari 2012 yang lalu. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang melibatkan seramai 40 orang ahli yang terdiri daripada residen CCSC Kuantan, kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuantan, Ahli Jawatankuasa Masjid, RELA Felda Sg. Panching Selatan serta penduduk setempat. Program anjuran Jawatankuasa Rumah Komuniti (CCH) Felda Sg. Panching Selatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat yang turut hadir memeriahkan program gotong-royong ini. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan ialah membersihkan kawasan hadapan dan belakang CCH, mencuci longkang, memasang papan tanda dan memecah bahagian dalaman rumah. Program ini diteruskan dengan sesi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa CCH Felda Sg, Panching Selatan, penduduk setempat, kakitangan AADK Daerah Kuantan dan diakhiri dengan makan tengahari.

Oleh : Nor Afzan Bt Abdul Rahman


















11 January 2012
KDN Sana Sini