web analytics

Program Keluarga Harmoni Remaja Berpotensi Anjuran AADK Melaka Tengah

12 January 2012

KDN Sana Sini

Melaka, 11 Januari : Golongan muda merupakan kumpulan yang produktif dan tenaga utama dalam menjana pembangunan negara. Tenaga ini wajar digemblengkan ke arah melahirkan kumpulan yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran terhadap penyalahgunaan dadah. Justeru itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil peranan yang serius bagi membantu keluarga ataupun remaja-remaja yang bermasalah atau yang berisiko untuk kembali kepada landasan yang betul dan merealisasikan matlamat keluarga sejahtera dan harmoni dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang dan terbilang. Sehubungan itu satu program Komuniti Bebas Dadah anjuran AADK Melaka Tengah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka telah diadakan di Sekolah Tunas Bakti, Lereh Melaka. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada penghuni sekolah tersebut telah terlibat dengan program yang bertajuk ” Keluarga Harmoni Remaja Berpontensi”. Program sebegini dianjurkan bagi melahirkan masyarakat yang peka terhadap permasalahan dadah dan bertanggungjawab membantu membanteras penyalahgunaan dadah. Selain daripada itu program tersebut juga memfokuskan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada remaja yang berisiko di bawah pengawasan JKM. Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Puan Maizura binti Zakaria Pengarah AADK Negeri Melaka.

Oleh : Mazlan Alias

,