
Pulau Pinang, 12 Januari: Dalam keghairahan menyambut kedatangan tahun baru 2012, AADK Negeri Pulau Pinang sempat mengadakan Program Outreach di Persimpangan Jalan Penang dan Lebuh Chulia pada 30 Disember 2011 yang lalu bermula jam 6.00 petang hingga 10.30 malam. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekati penagih atau mereka yang terlibat dengan penagihan dadah serta memberi penerangan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK bagi membantu mereka. Program ini akan diturut disertai oleh badan-badan NGO seperti Persatuan Payong, AARG, KAWAN, MAKNA, LEGAL AID serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Parol. Program pendampingan seperti ini akan terus diadakan terutama di kawasan hotspot yang lain supaya masyarakat dapat merasai perkhidmatan yang ditawarkan AADK.

Idea mengadakan program outreach secara bersepadu ini adalah berdasarkan pengertian asas Kerja Sosial iaitu berteraskan proses pertolongan membantu individu dan masyarakat untuk memperbaiki serta mempertingkatkan kefungsian sosial ke arah hidup yang lebih sejahtera. Diharap dengan pendekatan sebegini, akan membantu memudahkan klien fokus terhadap proses rawatan dan pemulihan dadah.

Oleh: Madya bin Madon


















12 January 2012
KDN Sana Sini