web analytics

Program Perhimpunan Perdana Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Bersama YAB Perdana Menteri

30 January 2012

KDN Sana Sini

 

Program Perhimpunan Perdana Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bersama YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2012 yang lepas adalah bersempena dengan Sambutan Hari RELA ke 40.  Program ini telah diadakan di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan dihadiri kira-kira 35,000 anggota RELA dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengumuman YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia mengenai keputusan kerajaan meluluskan kenaikan elaun bertugas RM2 sejam, menjadikan RM4 kepada RM6 untuk anggota biasa dan RM5.80 kepada RM7.80 untuk Ketua Platun bagi pegawai dan anggota yang bertugas sahaja disambut dengan tepukan gemuruh.

Kelulusan bagi kenaikan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bakti 2,874,181 anggota RELA yang merupakan badan sukarelawan terbesar negara, sekali gus menaikkan semangat untuk terus menabur khidmat membantu masyarakat dalam apa juga keadaan, baik membabitkan keperluan sosial mahupun operasi strategik.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Antaranya pameran Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan.  Program Derma Darah Perdana turut berlangsung dengan kerjasama daripada KKM yang dibuat serentak di 157 lokasi terpilih di semua negeri di seluruh Negara sebagai satu bentuk sokongan dan sumbangan sosial RELA mengisi tabung darah Negara.  Persembahan pancaragam serta demonstrasi turut diadakan dan dipersembahkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perhimpunan tersebut.

 

,