web analytics

Program Walk About PDRM Negeri Johor Pada 23-24 Disember 2011

10 January 2012

KDN Sana Sini

PDRM dengan kerjasama RELA, JPAM dan Polis bantuan IRDA telah mengadakan program Walk About di sekitar Bandar Johor Bharu. Program tersebut meliputi kawasan  Jalan Wong Ah Fook dan pasar pagi larkin. Hadir dalam program tersebut Timbalan Ketua Setiausaha (K) Dato’ Rahim Radzi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Johor Dato’ Mohd Mokhtar Hj Mohd Shariff. Dalam program tersebut, TKSU dan Timbalan Ketua Polis telah bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan bertanya khabar tentang tahap jenayah dan keselamatan penduduk. Program ini juga akan di adakan dari semasa ke semasa di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas.

 

, , ,