web analytics

Pusat Hiburan Bebas Dadah Di AADK Daerah Melaka Tengah Pada 5 Januari 2012

5 January 2012

KDN Sana Sini

Melaka Tengah, 5 Januari: Tempat-tempat hiburan seperti Pusat Permainan Snooker sering dilabelkan sebagai tempat tumpuan segala jenis maksiat termasuk dadah. Justeru, baru-baru ini AADK Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah menganjurkan program pencegahan di dua buah pusat snooker di sekitar Daerah Melaka Tengah. 

Program tersebut diadakan bagi memberi kesedaran kepada pengunjung-pengunjung pusat snooker yang tergolong dalam golongan berisiko tinggi untuk terjerumus ke lembah penagihan dadah. Selain itu, para pengunjung turut mendapat maklumat dan info terkini melalui pamplet yang diedarkan kepada mereka. Pemilik premis turut memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang 4 jam berlangsungnya kempen tersebut.

Oleh: Mazlan Alias

, ,