web analytics

Santai Di Teluk Kemang

30 January 2012

KDN Sana Sini

Oleh : CCSC Ampang

Port Dickson, 20 Januari : Bertujuan meningkatkan kecergasan jasmani residen selain memberikan peluang untuk menikmati alam semulajadi dan menenangkan fikiran, Cure and Care Service Centre (CCSC) Ampang telah menganjurkan program Santai Bersama Residen di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan baru-baru ini. Melibatkan 25 orang peserta terdiri daripada kakitangan CCSC Ampang, Pembimbing Rakan Sebaya dan residen CCSC Ampang, program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat oleh En .Ridzuan pegawai CCSC kepada para peserta. Sejurus selepas taklimat berkenaan, program tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka residen bersama para pegawai yang terlibat. Melalui maklumbalas yang diperolehi berkenaan pengajuran program tersebut, residen yang terlibat menyatakan bahawa secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk kembali kepada masyarakat selain memotivasikan diri untuk menjalani kehidupan sihat dan normal tanpa cengkaman dadah. 

, , ,