web analytics

Sidang Media YB. Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri Pada 4 Januari 2012

5 January 2012

KDN Sana Sini

Sesi sidang akhbar telah berlangsung pada 4 Januari 2012 di Bilik Sidang Media, isu yang dibentangkan adalah pengenalan mengenai kad pengenalan yang baru sahaja diperkenalkan. Pelbagai ciri-ciri keselamatan serta ketahanan jangka masa yang panjang melalui kad pengenalan baru. Dalam masa yang sama YB. Menteri Dalam Negeri turut juga mengulas tentang NKRA mencapai KPI sesama. Antara petikan penting adalah,”Dalam konsep ini sukacita saya memaklumkan apa yang telah kita kecapi dalam NKRA kita untuk mengurangkan jenayah untuk tahun lepas dimana sasaran kita kalau untuk 2011 ialah untuk menurunkan kadar jenayah keseluruhan 5% apa yang telah kita kecapi ialah lebih daripada itu iaitu 10.7%. jenayah jalanan kalau target kita 40% untuk tahun lepas apa yang saya dimaklumkan oleh Tan Sri IGP kita kecapi 39.7% point 3 saja less pada sasaran kita. 4 negeri yang menjadi negeri- negeri tumpuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kesemua empat ini telah pun menunjukan penurunan darisegi kadar jenayah”.

,