
JOHOR BAHRU, 11 Februari 2012 - Y. Bhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melakukan lawatan tapak ke beberapa tapak pembinaan di sekitar negeri Johor pada 11 Februari 2012.
Tapak pembinaan Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor adalah salah satu lawatan tapak oleh KSU. Pembinaan bangunan tambahan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan November 2012. Dengan pembinaan bangunan tambahan ini dapat memperluaskan lagi kawasan IPK Johor yang sedia ada.


Seterusnya KSU melawat pula pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara. Projek kini sudah 50% disiapkan bakal dibuka awal tahun 2013. Projek ini menempatkan bangunan pejabat, stor magazine, sub – stesyen TNB, tempat letak kereta berbumbung dan beberapa bahagian lagi.

Global Globe adalah pengilang IBS untuk IPK Johor, dalam lawatan KSU ke sini, beliau dapat melihat sendiri cara pembuatan IBS yang bakal dipasang di IPK Johor. Beliau berpuas hati dengan pihak pengilang yang mampu menyediakan bekalan IBS kepada IPK Johor dengan masa yang ditetapkan.
KSU seterusnya melawat ke Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam bagi melawat beberapa unit perumahan staff yang telah dibina sejak dari 2008 lagi.
Diakhir lawatan, KSU telah melawat Kem Gerakan Am (PGA) Batalion 5, Diatas Lot 3122, Mukim Simpang Renggam yang hampir siap dan dijangka bakal diduduki awal bulan Jun tahun ini.



















13 February 2012
KDN Sana Sini