
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah menganjurkan Makan Malam Bersama Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Haji Ahmad Zahari B. Jamil Di Hotel New York, Johor Bahru bersempena dengan Majlis Perasmian Sukan Imigresen Malaysia (SUKIM) Ke-15 yang diadakan di negeri Johor. Majlis yang berlangsung pada jam 8.30 malam ini dihadiri oleh lebih kurang seribu ahli jabatan imigresen seluruh Malaysia yang terlibat dalam SUKIM yang diadakan. Wakil kerajaan negeri Johor itu juga melahirkan rasa besar hati terhadap Jabatan Imigresen Malaysia kerana memilih negeri Johor sebagai tuan rumah acara SUKIM tahun 2012 ini.


Disamping itu juga, Kerajaan Negeri Johor menyampaikan jutaan terima kasih kepada Jabatan Imigresen Malaysia kerana telah berkhidmat dengan sebaiknya dalam mengawal sempadan Malaysia – Singapura yang kini merupakan pintu antarabangsa yang tersibuk di dunia, dengankerjasama yang dijalinkan antara kerajaan negeri Johor dan Jabatan Imigeresen Malaysia dapat menguatkan lagi sempadan yang terdapat di negeri Johor ini.




















13 February 2012
KDN Sana Sini