web analytics

Majlis Menandatangani “Project Charter” Bagi Pembangunan Sistem MyAADK Antara KDN, MAMPU Dan AADK

8 February 2012

KDN Sana Sini

Putrajaya, 8 Februari 2012 - satu majlis menandatangani “ PROJECT CHARTER” antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah dimeterai bagi pembangunan sistem MyAADK.  Majlis tersebut telah berlangsung di Bilik Sidang Media, Aras 11, Kompleks KDN,Putrajaya. 

“PROJEK CHARTER” merupakan sistem yang akan diguna pakai oleh semua pusat pemulihan dan juga rakan RADA AADK.

Dokumen “PROJECT CHARTER” telah ditandatangani oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha (KSU), Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah MAMPU dan Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Ketua Pengarah AADK.

, , ,