web analytics

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2011 Bagi Zon Tengah

2 February 2012

KDN Sana Sini

2 Februari 2012,Khamis - Selaku agensi utama yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk memulihkan penghuni-penghuni penjara dan membantu mereka kembali kepada masyarakat bagi menjadi warganegara yang bertanggungjawab, harapan yang tinggi diletakkan di bahu warga Jabatan Penjara mempergiat dan melipatgandakan usaha untuk memartabatkan Jabatan Penjara di mata masyarakat. Itu yang disampaikan oleh Y.B Datuk Wira Abu Seman Bin Seman, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika berucap di majlis perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Penjara Malaysia (Zon Tengah) bertempat di Dewan Jubli SUK Selangor. 

Y.B Datuk Wira juga berharap agar pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara sentiasa amanah, bertanggungjawab dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Seramai 262 orang penerima dari Ibu Pejabat Penjara, Maktab Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Unit Parol Wilayah dan Negeri Sembilan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011.


Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y.Bhg Komisioner Jeneral Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar dan Pengarah-pengarah Penjara Negeri.

,