
Satu Majlis Penyerahan Kenderaan Operasi JPAM bagi negeri Perak telah diadakan pada 11 Februari 2012 bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kampar Rumah Kerajaan, Perak. Majlis penyerahan tersebut diserikan oleh YB Dato` Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut diiringi oleh Y.Bhg Encik Selamat Bin Haji Dahlan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM.

Sebanyak 18 buah kenderaan dengan pelbagai fungsi diserahkan kepada pihak JPAM negeri Perak. Dalam petikan penting YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, “ adalah tanggungjawab anggota JPAM dalam memberi dan menjaga keharmonian rakyat khusus bila berlakunya keadaan darurat sedemikian bencana alam dan sebagainya.” Dalam majlis tersebut JPAM membuat satu demostrasi menyelamat mangsa kemalangan. Majlis diakhiri dengan sidang media bagi mengulas lebih lanjut tentang kegunaan kenderaan JPAM tersebut.




















13 February 2012
KDN Sana Sini