web analytics

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Mangsa-Mangsa Banjir Penduduk Kg. Gajah, Kluang

1 February 2012

KDN Sana Sini

Seramai 56 mangsa banjir daripada penduduk Kampong Gajah mengukir senyuman kerana dapat mendiami kediaman baru setelah kediaman lama mereka musnah berdepan dengan masalah banjir tahun lalu. Majlis Penyerahan Kunci Rumah diadakan di Perkarangan Rumah Kedai Perumahan Mangsa Banjir Kg. Gajah, Kluang, Johor pada 30 Januari 2012. 

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong merangkap Menteri Dalam Negeri. Majlis Penyerahan tersebut juga turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Ir. Haji Idris Bin Haji Harin, Pengerusi  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Selain itu, YB Dato’ Sri Hishammuddin turut menyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada beberapa penduduk di kawasan Kluang. Disamping itu, penyerahan borang 5A kepada penerima kurniaan tanah di Kg. Ilham , Kluang, Johor.

 

, ,