
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada 5 Februari 2012 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Kementerian Dalam Negeri turut menyertai perarakan Maulidur Rasul yang bermula di perkarangan Bangunan Mahkamah dan berakhir di Masjid Putra. Seramai 100 orang kakitangan KDN menyertai pembarisan dan diketuai oleh Y.Bhg Dato` Wahab bin Mohd Yasin Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).


Majlis perarakan tersebut adalah memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. bersama 12 Rabiulawwal. Majlis berlangsung dengan penuh sempurna dihadiri seramai 12,000 orang serta 108 kontijen dari kalangan kementerian, jabatan, agensi, IPTA dan kelab. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi.



















8 February 2012
KDN Sana Sini