
Y.B. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien , Menteri Dalam Negeri telah menerima satu kunjungan hormat daripada Madam HE Erika Feller,Penolong Pesuruhjaya Keselamatan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Kunjungan hormat tersebut telah disambut dengan mesra oleh Y.B.Dato’ Seri Menteri Dalam Negeri di Pejabat beliau pada 1.30 tengahari, 9 Februari 2012 (Khamis). Pertemuan yang diadakan dalam keadaan mesra dan saling bertukar pandangan tentang isu yang berkait rapat dengan perlindungan terhadap pelarian itu berlangsung selama hampir sejam.


Y.B. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien mengalu-alukan kedatangan ,Madam HE Erika Feller Penolong Pesuruhjaya UNHCR dan mengharapkan kerjasama-sama yang dapat dijalinkan mencapai objektif untuk melindungi warga perlarian.



















10 February 2012
KDN Sana Sini