web analytics

Pameran KDN Sempena Perayaan Thaipusam

8 February 2012

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan pameran sempena perayaan Thaipusam. Pameran diadakan pada 6 – 7 Februari 2012 bertempat di Batu Cave, Selangor. Pameran KDN tersebut telah disertai Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat dan Agensi Antidadah Kebangsaan. 

Seramai 10,000 pengunjung yang telah hadir dari kalangan masyarakat hindu serta termasuklah pelancong dari luar negara. Perayaan Thaipusam tersebut telah didatangi oleh YAB Dato` Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia, serta YB Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri. Disamping itu juga YAB Perdana Menteri sempat turut melawat pameran yang diadakan oleh KDN.

 

, , , , , , ,