web analytics

Program Operasi Bersepadu KDN Di Sungai Pelek, Sepang

15 February 2012

KDN Sana Sini

SUNGAI PELEK,SEPANG  14 Februari  – Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama-sama dengan agensi-agensi dibawahnya telah membuat rondaan Mesra Rakyat bagi mendekatkan diri dengan pelanggan agensi KDN bagi mengetahui sedikit sebanyak kekangan yang dihadapi oleh mereka.

Rondaan yang bermula jam 9 malam itu melibatkan lima agensi dibawah KDN seperti JIM, PDRM, JPAM, JPN Dan RELA dengan lebih 20 anggota terlibat dalam rondaan ini.

Rondaan ini tertumpu di bahagian kawasan perumahan sekitar  Sungai Pelek dan juga Pantai Bagan Lalang.Kawasan tumpuan penduduk seperti kedai makan dan dewan serbaguna menjadi fokus utama rondaan ini untuk mendekati penduduk tidak kira kaum melayu,cina atau india.



Disamping mendekati masyarakat setempat dan bertanyakan masalah mereka, rondaan Mesra Rakyat ini juga tidak terlepas dari objektif utamanya iaitu untuk memerangi jenayah.

, , , ,