web analytics

Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Sembrong Bersama Menteri Dalam Negeri

1 February 2012

KDN Sana Sini

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sembrong telah berlangsung pada 29 Januari 2012 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Jenis Cina Paloh, Johor. YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein bersama isteri Datin Sri Tengku Marsilla Tengku Abdullah diraikan dalam satu majlis yang penuh meriah  dan dihadiri oleh pelbagai kaum dari seluruh Parlimen Sembrong. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Wong Choong Hann pemain badminton Malaysia. 

YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein meluangkan masa bersama penduduk serta menyampaikan angpau kepada warga emas. Disamping itu, penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 50 penduduk kawasan Paloh turut diadakan.