
JOHOR BAHRU, 12 Februari 2012 – Negeri Johor Darul Takzim telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia Ke-15. Selaku penganjur kejohanan, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Upacara Perasmian Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia Ke-15 yang bertempat di Hotel New York, Johor Bahru pada 11 Februari, jam 8.30 malam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YB. Bhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam yang mewakili Menteri Kementerian Dalam Negeri. Kejohanan Sukan Imigresen Malaysia bertujuan untuk melahirkan warga Imigresen bukan saja gigih dalam melakukan tugas tapi aktif dalam bersukan.


Beliau turut menyatakan kejohanan seperti ini harus diteruskan bagi melahirkan warga Imigresen yang cergas dan sihat dan “Majulah Sukan Untuk Imigresen” akhir kata dari beliau.



















13 February 2012
KDN Sana Sini