web analytics

Walkabout Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Komuniti Taman Maluri Cheras Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012

12 February 2012

KDN Sana Sini

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2012 – YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri merasmikan program Walkabout Bersama Komuniti Taman maluri Cheras sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012.  Program yang merupakan kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Penduduk Taman Maluri serta Jawankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Cheras tersebut telah diadakan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. 

Program Walkabout YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama Komuniti Taman Maluri Cheras ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan bertujuan menggerak, melibat dan mendapatkan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat terumata masyarakat Cina yang merupakan majoriti penduduk kawasan tersebut untuk bersama-sama menyokong dan membantu menjayakan program pemulihan ke atas klien-klien Cure an Care Service Centre (CCSC) Taman Maluri.  Tanpa sokongan, bantuan dan kerjasama penduduk setempat kewujudan CCSC Taman Maluri tidak dapat menghasilkan impak yang diharapkan.

CCSC Taman Maluri mula dibuka pada 1 September 2012.  Sehingga seramai 622 orang klien telah datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan mengikuti program pemulihan.  Daripada jumpa tersebut seramai 56 orang telah mengikuti program secara residential dan selebihnya secara outpatient atau daycare.

YB Timbalan Menteri Dalam Negeri meminta agar seluruh masyarakat bersama-sama berganding bahu membantu AADK dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah dengan menyertai sukarelawan antidadah yang dikenali sebagai Skuad 1Malaysia.

 

, , , ,