Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan untuk mengenakan perintah larangan dan mengharamkan buku ‘Where Did I Come From’ tulisan Peter Mayle di bawah peruntukan Seksyen 7 Subseksyen 1 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat dan kepentingan orang awam. Dengan keputusan ini, arahan pewartaan terhadap perintah larangan tersebut akan [...]
Arkib | Kenyataan Media/Akhbar
KENYATAAN MEDIA – KDN Capai Penyelesaian 100 Peratus Bagi Aduan Awam Sepanjang 2011
15 February 2012
1. Laporan Biro Pengaduan Awam (BPA) membabitkan semua kementerian bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2011 merekodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai kementerian paling banyak menerima aduan orang ramai, tetapi pada masa sama direkodkan di kedudukan teratas dalam senarai yang berjaya menyelesaikannya pada kadar 100 peratus. 2. Berdasarkan laporan membabitkan 25 kementerian ini, 11 [...]
PENGUMUMAN – PUSAT SETEMPAT PROGRAM 6P
14 February 2012
MULAI 20 FEBRUARI 2012 (ISNIN), KESEMUA LAPAN PUSAT SETEMPAT YANG MENGENDALIKAN PROSES PEMUTIHAN PROGRAM 6P (IBU PEJABAT IMIGRESEN PUTRAJAYA, PRESINT 15 DAN PELABUHAN KLANG, IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA DAN DI KOMPLEKS KDN (JALAN DUTA, JOHOR BAHRU, SEBERANG JAYA DAN KUANTAN) AKAN HANYA BEROPERASI DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG SETIAP HARI DAN [...]
KENYATAAN MEDIA – Tarikh Akhir Pemutihan Program 6P Akan Tamat Sepenuhnya Pada 10 April 2012
14 February 2012
Kerajaan hari ini menetapkan bahawa proses pemutihan Program 6P akan tamat sepenuhnya pada 10 April 2012 dan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan lagi tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sehubungan itu, proses pemutihan yang kini dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir hari ini (15 Februari 2012) akan diteruskan sehingga 10 [...]
KENYATAAN MEDIA – Bekas Pengarah Imigresen Pulau Pinang Yang Didakwa Miliki Harta Melebihi Pendapatan Bukan Lagi Kakitangan KDN Pada 9 Februari 2012 (Khamis)
13 February 2012
1. Merujuk laporan media membabitkan bekas Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Encik Abdul Rahman Harun yang diarahkan mahkamah semalam supaya membela diri atas dakwaan memiliki aset melebihi pendapatannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan ini menegaskan bahawa tertuduh bukan lagi kakitangan KDN. 2. Tertuduh pernah menjadi kakitangan Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), KDN sejak Januari 2011. [...]
KENYATAAN MEDIA Y.B. Menteri Dalam Negeri – Penahanan Warga Negara Arab Saudi Pada 10 Februari 2012
12 February 2012
Saya mengesahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap Mohammad Najeeb A. Kashgari, warganegara Arab Saudi, berumur 23 tahun di atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi pada 9 Februari 2012 jam 9.40 pagi di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang, Selangor. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab [...]
KENYATAAN MEDIA Y.Bhg. Tan Sri KSU Kementerian Dalam Negeri – Tarikh Akhir Pemutihan 15 Februari 2012
25 January 2012
1. Kerajaan hari ini menetapkan 15 Februari 2012 sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program 6P yang sebelum ini diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari 2012 lalu. 2. Sehubungan itu, majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin (PATI) masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera kerana tiada lanjutan tambahan [...]

















22 February 2012