web analytics

Arkib | Kenyataan Media/Akhbar

KENYATAAN MEDIA – Penguatkuasaan 6P Sehingga 16 April 2012

16 April 2012

 

1. Bermula 20 Oktober 2011 sehingga hari ini (Isnin, 16 April 2012), sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi melibatkan 18,197 anggota penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara. 2. Menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan. Berdasarkan pecahan, 50 [...]

Lagi...

HARI TERAKHIR PROSES PEMUTIHAN

12 April 2012

 

HARI TERAKHIR PROSES PEMUTIHAN DI BAWAH PROGRAM 6P DI SEMUA 8 PUSAT PEMUTIHAN ADALAH PADA 10 APRIL 2012. MAJIKAN-MAJIKAN YANG TELAH MEMBUAT TEMUJANJI SEBELUM 10 APRIL 2012 BOLEH BERURUSAN DI BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, ARAS BAWAH, BLOK D9, KOMPLEKS D UNTUK URUSAN TEMUDUGA.

Lagi...

KENYATAAN MEDIA – Proses Pemutihan Tamat Hari Ini (10 April 2012)

11 April 2012

 

1.            Proses Pemutihan Program 6P tamat pada jam 6.00 petang hari ini (10 April 2012) dan tidak akan dilanjutkan. Sehubungan itu, lapan (8) Pusat Pemutihan yang beroperasi di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaraan Negara Putrajaya, Pejabat Imigresen (Cawangan Pasport) Presint Diplomatik Putrajaya, Kompleks KDN Jalan Duta Kuala Lumpur,  Pejabat Imigresen [...]

Lagi...

KENYATAAN MEDIA – Proses Pemutihan Berakhir 10 April 2012

5 April 2012

 

Hari ini saya membuat tinjauan ke salah satu Pusat Setempat (OSC) di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P di Kompleks KDN Jalan Duta untuk melihat sendiri suasana pada hari-hari terakhir proses pemutihan pekerja asing yang akan berakhir 10 April depan. Secara keseluruhannya, saya mendapati keadaan di kaunter-kaunter urusan [...]

Lagi...

KENYATAAN MEDIA – Pemberitahuan Berkaitan Pengeluaran MyKad Struktur Baru 4 April 2012 (Rabu)

4 April 2012

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baru mulai 3/1/2012. Pengeluaran MyKad Struktur Baru ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai dan telah menerima peningkatan permohonan penukaran MyKad yang mendadak sehingga 3 kali ganda berbanding permohonan sebelumnya. Purata permohonan yang diterima ialah sebanyak 21,000 permohonan [...]

Lagi...

KENYATAAN MEDIA – Pengambilan Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sebagai Anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) 29 Mac 2012 (Khamis)

29 March 2012

 

Kementerian Dalam Negeri telah mengikuti semua laporan di dalam akhbar-akhbar tempatan, media elektronik dan media sosial mengenai isu pemakaian uniform biru Polis Diraja Malaysia oleh ahli-ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sewaktu menjalankan rondaan bersama (joint patrols) di bawah inisiatif “NKRA – Omnipresence” di mana pihak PDRM membuat rondaan dengan [...]

Lagi...

27 Pelancaran Kempen Kesedaran Antipemerdagangan Orang Peringkat Negeri Terengganu 29 Mac 2012

29 March 2012

 

1. Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diwakili oleh Y.Bhg Dato’ Wahab bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KDN merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak National Council of Women’s Organisation (NCWO) khususnya NCWO Negeri Terengganu Darul Iman dan juga penghargaan yang tidak [...]

Lagi...