
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Utara 1 telah diadakan pada 10 Februari 2012 bertempat di Pusat Latihan Pegawai Penjara, Taiping, Perak. Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping telah dilantik sebagai tuan rumah bersama bagi mengelolakan majlis tersebut yang disempunakan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Y.Bhg. TKJP Dato’ Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), KPj Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen, TKPj Supri bin Hashim, Ketua Seksyen Dasar Kepenjaraan dan Pengerusi Pengelola Majlis iaitu PKP Osman bin Lehan dan PP Shariff bin Masri. Lagi…
17 February 2012
KDN Sana Sini