web analytics

23 April 2012

KDN Sana Sini

Program Ceria GAAS-P Bersama Anak-Anak Yatim, Warga Emas Dan Orang Kurang Upaya Bersama YB Menteri Dalam Negeri

TAMAN TUN DR ISMAIL, 22 April 2012 – Program Ceria Gagasan Anak-Anak Sembrong Di Perantauan (GAAS-P) Bersama Anak-Anak Yatim, Warga Emas Dan Orang Kurang  Upaya bersama YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri  adalah bertujuan mendekati rakyat disamping memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Program ini diadakan di Taman Rimba Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan dihadiri kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada warga Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Agape Shelter Kluang, PDK Paloh dan GAAS-P Cawangan Kuala Lumpur.  Lagi…

23 April 2012

KDN Sana Sini

Majlis Penyerahan Cek Kepada Bekas Polis Peringkat Daerah Kampar, Perak

Kampar, 14 April 2012 – Y.B Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan cek saguhati khas RM3,000.00 kepada bekas-bekas polis zaman darurat yang layak bagi Parlimen Kampar.  Majlis tersebut telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Majlis Perbandaran Kampar, Perak.  Lagi…

23 April 2012

KDN Sana Sini

Warga KDN Bersama KSU Bagi Bulan April 2012 Di Dewan Gemilang

Putrajaya, 23 April 2012 - Y.B. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mac bertempat di Dewan Gemilang Blok D1, Parcel D, Putrajaya. Lagi…

17 April 2012

KDN Sana Sini

Majlis Penyampaian Surat Ucapan Tahniah Kenaikan Pangkat Bersama Y.Bhg. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri

Putrajaya, 17 April 2012 (Selasa) – Seramai 16 orang pegawai dari Bahagian/Jabatan/Agensi Kementerian Dalam Negeri Negeri (KDN) telah menerima Surat Ucapan Tahniah Kenaikan Pangkat daripada Y.Bhg. Dato’ Wahab bin Mohd Yassin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KDN, bertempat di Bilik Mesyuarat Satria, Aras 9, Blok D1, Putrajaya.

 Mereka yang terlibat terdiri daripada lima pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia dan sebelas orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik daripada pelbagai Bahagian dan Agensi KDN. Mereka dinaikkan pangkat dari M41 ke M44.  Lagi…

17 April 2012

KDN Sana Sini

Rondaan 1Malaysia Oleh Y.B Dato’ Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri Di Kampar

Kampar, 14 April 2012 – Y.B Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah turut serta dalam Rondaan 1Malaysia telah diadakan di sekitar pekan Batu Gajah.  Rondaan kali ini dimulakan dengan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh ACP Shaharon Anuar bin Abd Latif. Taklimat tersebut diadakan di perkarangan Balai Polis Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak. Lagi…

17 April 2012

Kenyataan Media/Akhbar

KENYATAAN MEDIA – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Mencegah Penyeludupan (JPAMP) Sempena Lawatan Kerja Tan Sri KSU Ke Kelantan

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Mencegah Penyeludupan (JPAMP) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan di Kota bharu, Kelantan pada 9.30 malam 13 April 2012 bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
  2. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat dalam memrangi aktiviti penyeludupan.
  3. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2012, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) telah melaksanakan sebanyak 3,863 operasi dengan kejayaan 337 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM5.83 juta.
  4. Bagi tempoh sama, seramai 188 orang pegawai dan anggota UPP telah bertukar dalam usaha meningkatkan keberkesanan operasi UPP.
  5. Dalam usaha mencegah penyeludupan, penglibatan ‘industry players’ amat dialu-alukan bagi memantapkan penguatkuasaan dan boleh membentuk kerjasama ‘win-win situation’.